Archive for the ‘Umum’ Category

TAKLIMAT ESP PADA 21HB APRIL, 2011 DI DEWAN RFC, KUALA TERENGGANU

Salam semua.

Taklimat ESP bersama AGM Zon Timur, Encik Ismail Bin Omar dan PJS Ustaz Jamaluddin Bin Jusoh Al-Hafidz bakal di adakan di Dewan RFC, Kuala Terengganu.

This slideshow requires JavaScript.

Berikut butirannya :

Tarikh          : 21 April 2011 – Khamis

Masa             : 8.30 malam – 11.00 malam

Tempat        : Dewan RFC, Kuala Terengganu

Semua Ahli HPA di jemput hadir dan masuk adalah percuma.

Sekian harap maklum. Terima kasih.

Wassalam.

catatan olh s/u hpakt

MINI KONVEK HPA BAGI ZON TIMUR 2011

Assalamualaikum w.t.b

InsyaALLAH Mini Konvek HPA bagi Zon Timur 2011 akan berlangsung dalam masa 4 hari lagi. Semua penerima anugerah di mohon supaya mengesahkan kehadiran seberapa segera di cawangan-cawangan berhampiran anda. Mini Konvek ini melibatkan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Berikut dinyatakan maklumat untuk rujukan seperti di poster.

KLIK POSTER UNTUK KETERANGAN LEBIH JELAS

Kerjasama antara Ibu Pejabat HPA  Zon Timur dan Pengerak HPA Seluruh Terengganu bakal melancarkan lagi HARI HIMPUNAN & PENGANUGERAHAN HPA ZON TIMUR 2011. InsyaALLAH kita semua akan bekerjasama untuk menjayakannya.

Harap maklum.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

catatan olh s/u hpakt

BENGKEL PENJAGAAN KULIT DAN KOSMETIK UNTUK LELAKI DAN WANITA

Assalamualaikum w.t.b.

Di jemput semua Ahli HPA lelaki dan wanita menyertai bengkel penjagaan kulit dan kosmetik seperti iklan dibawah.

ANJURAN MUSLIMAH SKINCARE

Pendaftaran masih di buka dan dapatkan borang penyertaan di cawangan-cawangan berhampiran beserta bayaran kursus sekarang. Penyertaan tidak terhad kepada hanya wanita sahaja bahkan terbuka kepada peserta lelaki juga.

Harap maklum.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

catatan olh s/u hpakt

PENANGGUHAN PROGRAM GARIS PANDUAN SYARIAH DALAM JUAL BELI

Assalamualaikum w.t.b.

Salam buat semua….

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa program bersama Panel Syariah, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Adnan Fadzil dalam Garis Panduan Syariah Dalam Jual Beli yang di jadualkan pada 24 Mac 2011 di tangguhkan ke tarikh baru yang akan di umumkan kelak.

Mohon Doa Semua Untuk Bapa Ustaz Ahmad Adnan Fadzil yang sekarang sedang koma.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih

Wassalam.

catatan olh s/u hpakt

KATALOG PRODUK HARGA BARU

Assalamualaikum w.t.b.

Semua Ahli HPA boleh mendapatkan katalog Produk Harga baru mulai sekarang di cawangan-cawangan berhampiran. Gambaran wajah katalog tersebut adalah seperti di atas. Klik gambar untuk paparan lebih jelas.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Wassalam.

sumber rujukan : Blog Operasi HPA Zon Timur

posted by s/u hpakt

SALAM RAYA KORBAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM

Salam Buat Semua Pengunjung Blog ini….

ALHAMDULILLAH..Kita Umat Islam akan meraikan hari yang mulia iaitu Hari Raya Korban. Mengingatkan kita Kisah seorang bapa bersama anaknya di perintah ALLAH melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Bapa di perintah menyembelih anaknya. Itulah Kisah Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail. Betapa taatnya kedua-dua hamba menurut perintah PenciptaNYA. Walau bagaimanapun, penyembelihan ini telah di tukar kepada seekor Kibas atas kehendak ALLAH. Berlakunya peristiwa ini menjadi iktibar kepada seluruh Umat Islam Sedunia.

Mari semuanya menjadikan hari mulia ini untuk kita saling ziarah menziarahi dan saling bantu membantu kepada mereka yang kurang upaya dan menjadikan kita orang yang sentiasa sedar betapa ramainya di luar sana yang memerlukan perhatian dan pertolongan.

Jadikan hati-hati kita bertautan untuk menyalurkan bantuan tanpa rasa sekatan dan halangan…InsyaALLAH

Wallahu’alam

“SALAM EIDUL ADHA DRP PENGERUSI SERTA WARGA KOMUNITI HPA KUALA TERENGGANU”

Wassalam

catatan oleh s/u hpakt

LAWATAN KE PERLIS, KEDAH, SHAH ALAM DAN MELAKA

Salam…

InsyaALLAH Komuniti HPA Kuala Terengganu akan menganjurkan Lawatan Kali Ke 2 pada Bulan November 2010. Berikut maklumat berkaitan lawatan yang akan di anjurkan.

Tarikh : 25/11/2010 – 27/11/2010 ( Jumaat – Sabtu )

Kenderaan : Bas

Jumlah Peserta : 40 orang

Bayaran : RM150.00

Anda di nasihatkan mendaftar lebih awal kerana tempat yang terhad. Untuk maklumat lebih lanjut, di minta menghubungi En Zuhaimi di talian 013-9221134 dan Puan Rohani di talian : 019-6828369.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

catatan oleh s/u hpakt

 

ALHAMDULILLAH..SYUKURI NIKMAT LINDUNGAN DAN RAHMAT ALLAH…MERDEKA

Salam semuanya…

ALHAMDULILLAH..tiada kata-kata yang lebih baik melainkan mengucap ALHAMDULILLAH

Nikmat KEMERDEKAAN bagi Negara kita MALAYSIA telah menjangkau usia 53 Tahun pada 31 Ogos 2010. Nikmat ini moga berkekalan sampai bila-bila. Sebagai rakyat Malaysia, berdoa serta menjadi rakyat yang cemerlang di mana saja dan apa pangkat sekali pun merupakan satu wahdah untuk menuju negara yang aman. Jangan kita lupa menjaga Negara Kita Malaysia daripada anasir-anasir jahat yang cuba menjatuhkan dan memporak perandakan keadaan kita kecapi selama ini. Bersatu hati lah semua nya. Sekiranya boleh menjadi Pemimpin Yang Baik Dan Adil, Maju lah kedepan. Rakyat sekarang ini sudah bijak memilih. Yang terpenting, berhati-hatilah dengan musuh disekeliling. Bila-bila masa saja mereka menunggu saat untuk menjatuhkan kita. Rakyat Yang Bijak, Sentiasa Menjadikan Diri Sendiri Menjadi Terbaik Dahulu. Terbaik Dari Sudut Agamanya, Akhlaknya, Keilmuannya Dan Sebagainya. InsyaALLAH.

This slideshow requires JavaScript.

SELURUH WARGA KOMUNITI HPA KUALA TERENGGANU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 53 TAHUN. SEMOGA ALLAH SENTIASA PELIHARAKAN KITA SEMUA…AMEN YA ROBBAL ALAMIN…

Wassalam.

catatan olh s/u hpakt

KAMI KUTUK KEKEJAMAN ISRAEL

Salam..

Buktikan kita MAMPU UNTUK BOIKOT PRODUK YAHUDI/ISRAEL SELAMANYA…

Wassalam..

posted by s/u hpakt

TERUS BOIKOT

Salam semua sahabat-sahabat…

Bagaimana kesihatan anda semua memandangkan keadaan cuaca sekarang yang panas dan kadang kala hujan. Tentu sekarang ini ramai yang demam dan batuk.

Sebagai alternatif,  minum lah air mineral HPA atau air Penapis Dew HPA yang banyak. Air masak juga baik di amalkan. Setiap orang seharusnya meminum air yang banyak atau secukup 2.5 liter sehari. Cuaca yang panas menyebabkan kita akan kehilangan banyak air dan boleh menyebabkan badan mengalami penghidratan. Kulit akan kering, malahan boleh menyebabkan rekahan, penglupasan dan sebagainya.

Semasa keadaan cuaca panas sebegini, di nasihatkan  untuk mengambil kordial Roselle, RTD Roselle atau RTD Asam Jawa. InsyaALLAH ia akan menjadi penahan  atau membantu proses penyembuhan daripada penyakit demam atau batuk.

Sebenarnya bukan hanya Kordial Roselle atau RTD Roselle dan RTD Asam Jawa sahaja boleh di ambil dalam keadaan cuaca sekarang ini. Masih banyak lagi pilihan hati yang di keluarkan oleh HPA. Contohnya, Minuman IMT, Kordial Pegaga, Madulia, Kordial Kurma, IMT Kapsul, Malac Kapsul, Hirta dan sebagainya. Lihatlah bagaimana HPA berusaha mengeluarkan produk halal untuk terus membantu ummah menghindari produk haram di luar sana sebagai alternatif dalam penggunaan seharian. Sekiranya kita sendiri sebagai umat Islam tidak Boikot Produk Yahudi, siapa lagi…

Ayuh dan jangan segan lagi untuk bersama kami dan ahli-ahli HPA pula hendaklah terus istiqamah dalam perjuangkan produk halal ini.

Sekian, Terima kasih…Wassalam…

catatan olh : s/u hpakt