JUN 2011PENUTUP TIRAI PROGRAM PBC 1 MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahitalawabarakatuh..

PROGRAM PBC KINI MENUTUP TIRAINYA…

ALHAMDULILLAH..Saya sebagai Setiausaha kepada Kelab Komuniti HPA Kuala Terengganu adalah salah seorang yang sangat bertuah kerana berkesempatan mengikuti dan menganjurkan Program PBC yang di perkenalkan oleh HPA untuk melahirkan Usahawan.

Kelab Komuniti HPA Kuala Terengganu yang merupakan antara kelab di bawah Kelab Pimpinan Timur  yang sangat aktif mengadakan PBC setiap bulan pada setiap tahun. Kerjasama antara para penggerak keseluruhan Komuniti Kuala Terengganu di bawah Pimpinan PJS Ustaz Ahmad Kamal Haji Ali dan PJS Ustaz Cik Mat Sukri Bin Khalid sentiasa dapat meghadirkan ramai peserta ke PBC di Permai Inn Hotel Kuala Terengganu. Antara lokasi selesa dalam menganjurkan Program PBC.

This slideshow requires JavaScript.

PBC April 2011 merupakan PBC akhir bagi Kuala Terengganu. PBC ini dikenali sebagai PBC Mega Kuala Terengganu yang menggabungkan kerjasama antara Kelab Komuniti HPA Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. Kini menjadi kenangan dan menutup tirai Program PBC 1 Malaysia.

Walau bagaimana pun,  HPA Industries SB sudah pasti memikirkan sesuatau yang lebih ke hadapan dalam melahirkan Usahawan HPA yang berjaya dan cemerlang. Bagi memantapkan lagi ahli-ahli HPA, Program Perkongsian Bijak Cemerlang, PBC sudah ada penggantinya. Era Baru iaitu Program ESP, Real Business telah bermula dan telah di perkenalkan se awal Bulan April 2011 yang pertama di Melaka. ESP di Terengganu pula telah bermula eranya di TER, Kuala Ibai pada 7 Mei 2011. InsyaALLAH jumpa lagi di ESP Musim ke 2 di UNISZA, Gong Badak pada 23 Julai 2011.

Sekian, wassalam.

catatan oleh s/u hpakt

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: