Archive for the ‘KoWahida’ Category

PEMBERHENTIAN PELABURAN SAHAM KOWAHIDA

Adalah di maklumkan bahawa ALK KoWahida memutuskan untuk menghentikan penambahan pelaburan berkuatkuasa 7hb Mei 2010. Sebarang pertanyaan, sila hubungi HQ KoWahida di 04-9773813/14

Sekian, wassalam.

sumber : Blog GM – 29/4/2010 Khamis

catatan olh : s/u hpakt

Advertisements

MESYUARAT AGUNG KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD BERJALAN LANCAR

Assalamualaikum w.t.b

Alhamdulillah. Mesyuarat Agung Koperasi Wahida HPA Berhad di Kawasan Timur berjalan lancar.

Mesyuarat kali ini di adakan di Hotel Raudah, Kelantan.
Kehadiran ahli-ahli koperasi melebihi korum dan melayakan untuk mengadakan mesyuarat tersebut seperti biasa.
Kehadiran diumumkan seramai melebihi 100 orang. Pihak Koperasi memohon maaf atas kelewatan mewar-warkan perubahan masa dari waktu pagi ke waktu petang. Ini memberi laluan ahli-ahli yang bekerja hadir. Walaupun kehadiran masih kurang tetapi mesyuarat dapat berjalan lancar dan dijalankan dalam keadaan yang aman dan tenang walaupun ada persoalan berbangkit yang agak panas.

Kehadiran ahli adalah meliputi dari 3 buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dan kelihatan dari ketiga-tiga buah negeri dapat menghantar wakil masing-masing.

Setelah dipersetujui dalam pemilihan, telah dipilih seramai 18 orang perwakilan untuk ke Mesyuarat Agung Koperasi Wahida HPA Berhad yang akan di adakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Mereka terdiri daripada:

1. Pahang – 2 orang
2. Terengganu – 5 orang
3. Kelantan – 11 orang

Beberapa usul telah dikemukakan untuk di bawa ke mesyuarat Koperasi Wahida HPA Berhad di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

” JOM TAMBAH PELABURAN DALAM KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD ”

Wallahhua’lam
Wasalam

catatan olh : s/u hpakt

KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

MESYUARAT AGUNG KAWASAN TAHUNAN KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD

Assalamualaikum semua..

Pihak Koperasi Wahida HPA Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan Tahunan di Kawasan Timur minggu hadapan.

Kepada ahli-ahli HPA yg sudah menjadi ahli Koperasi pasti menerima surat jemputan ke mesyuarat agung ini.

Berikut adalah jadual Mesyuarat Agung bagi kawasan Timur :

Tarikh :
11 April 2010 – Ahad

Tempat :
Hotel Raudah, Jln Maju,
15000 Kota Bharu, Kelantan.

Masa :
3.00 – 5.00 petang
(Perubahan waktu : Info dari Caw HPA KT 1 dan Pejabat Koperasi di Perlis. Sebelum ini diwar-warkan pada jam 9.30am – 11.30pm)

Nota peringatan :
* Anggota yang ingin hadir,sila
daftar di Caw HPA terdekat.
* Sila bawa kupon yang dilampirkan
bersama surat jemputan untuk
melayakkan menerima elaun.

Serba sedikit maklumat kepada mereka yang belum menyertai Koperasi Wahida HPA Berhad…

1. Syarat pertama mestilah anda seorang ahli HPA yang berdaftar.

2. Untuk melabur, permulaan hanyalah RM200.00 sahaja dan RM10.00 untuk pendaftaran ahli. Pelaburan boleh ditambah selepas itu.

3. Borang pelaburan boleh didapati di cawangan-cawangan HPA terdekat.

4. Tahun pertama, Koperasi telah mengeluarkan dividen sebanyak 10%,
Tahun ke-2 sebanyak 14% dan Tahun ketiga, iaitu tahun ini, pihak koperasi mensasarkan sebanyak 20%..INSYA-ALLAH

Insya-ALLAH, kita sebagai ahli hpa, terutamanya yang belum melabur, jangan berlengah lagi. Ayuh melabur. Ahli HPA yang sudah melabur, tambahkanlah pelaburan anda..

Sasaran KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD adalah menjadikannya sebagai BANK HPA…Insya-ALLAH

AYUH BERSAMA KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD SEKARANG
MENCAPAI VISI DAN MISI

Wallahhua’lam
Wassalam..

catatan oleh : s/u hpakt

Pelaburan Di KoWahida Dibuka Semula

Bermula 1 Januari 2010, pelaburan saham KOWAHIDA telah DIBUKA SEMULA. Pelaburan boleh dibuat dengan membuat pindahan wang anda secara online ke akaun bank KOWAHIDA dan menyerahkan slip bank tersebut kepada mana-mana Cawangan HPA terdekat.

Pelaburan MINIMA ialah RM 200.00 dan MAKSIMUM RM 100,000.00 sahaja.

AKAUN BANK KOWAHIDA

Berikut adalah nombor-nombor akaun KOWAHIDA bagi memudahkan anggota KOWAHIDA melakukan transaksi ONLINE samada untuk langganan syer baru atau tambahan;

1-BANK ISLAM:
090 100 100 463 16

2-CIMB ISLAMIC:
090 100 001 101 08

3-MAYBAN ISLAMIC:
559 012 306 051

TANYA KOWAHIDA
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Koperasi Wahida HPA Berhad

Sila hubungi:
Tel:04-9773813/14 (pej);
Fax:04-9773812; atau
Emel kpd:
kowahida@yahoo.com , atau
copwahida@gmail.com

KOWAHIDA Serah Zakat RM250k Kepada Perkim Kelantan

serah zakat2

Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) telah menyerahkan sumbangan zakatnya bagi tahun 2007 dan 2008 berjumlah RM250,000.00 kepada PERKIM Negeri Kelantan pada 30 Disember 2009. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KOWAHIDA, Mohd Faisol Abd Rahman kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Maat di Pejabatnya di Kota Bharu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah 14 Ahli Lembaga KOWAHIDA. Pihak PERKIM Kelantan diwakili oleh Pengerusinya YB Dato Nik Amar dan Tuan Haji Apandi. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan itu berjaya melonjakkan nama HPA di Negeri Kelantan. Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz dimaklumkan juga bahawa HPA akan membuka RCH di Kota Bharu Parade (berhadapan Pasar Siti Khadijah).serah zakat

YB Tuan Guru Menteri Besar amat kagum dan terharu dengan pencapaian HPA dan berharap HPA akan terus berkembang maju. Tuan Guru berjanji akan merasmikan RCH di Kota Bharu apabila tiba masanya nanti.