Archive for the ‘Konvek’ Category

MAJLIS HIMPUNAN DAN PENGANUGERAHAN HPA ZON TIMUR 2011

Alhamdulillah Majlis Himpunan Dan Penganugerahan HPA Zon Timur 2011 telah di sempurnakan dan di rasmikan oleh Distributor Of The Year 2010, PJS Ustaz Ramizu Bin Abdullah. Majlis ini berjalan secara sederhana tetapi meriah. Negeri Terengganu telah di pilih sebagai tuan rumah pada majlis yang julung-jukung kali di adakan ini pada peringkat Zon Timur.

This slideshow requires JavaScript.

Terima kasih di ucapkan kepada semua ahli hpa daripada Pahang, Terengganu dan Kelantan atas kehadiran memenuhi dewan pada majlis ini. Tahniah juga diucapkan kepada mereka yang telah berjaya menerima anugerah terutama Pengarah Jati, Pengarah Jati Emas dan Pengarah Jati Intan. Begitu juga kepada mereka yang telah bertuah dalam cabutan pelbagai hadiah terutama bagi katergori hadiah Jam Tawaf sebanyak 2 buah dan Sebuah Jawi Filter. Majlis di serikan lagi dengan dendangan nasyid oleh En Imran daripada Kumpulan Raihan sebanyak 6 buah lagu.

Terima kasih juga ditujukan kepada semua ahli jawatankuasa yang telah berjaya memastikan majlis berjalan lancar. Kerjasama antara pihak ibu pejabat zon timur dan pengerak hpa Terengganu telah merapatkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

InsyaALLAH, Mini Konvek bagi Peringkat Zon Timur akan di buat sebagai acara tahunan dan jika di panjangkan umur, kita akan jumpa lagi.

Wallahhu’alam.

Wassalam.

catatan olh s/u hpakt

Advertisements

MINI KONVEK HPA BAGI ZON TIMUR 2011

Assalamualaikum w.t.b

InsyaALLAH Mini Konvek HPA bagi Zon Timur 2011 akan berlangsung dalam masa 4 hari lagi. Semua penerima anugerah di mohon supaya mengesahkan kehadiran seberapa segera di cawangan-cawangan berhampiran anda. Mini Konvek ini melibatkan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Berikut dinyatakan maklumat untuk rujukan seperti di poster.

KLIK POSTER UNTUK KETERANGAN LEBIH JELAS

Kerjasama antara Ibu Pejabat HPA  Zon Timur dan Pengerak HPA Seluruh Terengganu bakal melancarkan lagi HARI HIMPUNAN & PENGANUGERAHAN HPA ZON TIMUR 2011. InsyaALLAH kita semua akan bekerjasama untuk menjayakannya.

Harap maklum.

Sekian terima kasih.

Wassalam.

catatan olh s/u hpakt

TAHNIAH BUAT SEMUA AJK KOMUNITI HPA KUALA TERENGGANU DI ATAS KEJAYAAN MERAIH ANUGERAH DI KONVEK 2011

Salam semua…

Ternyata Komuniti HPA Kuala Terengganu bukan calang-calang orang kerana ramai dari kalangan kami menerima Anugerah Berprestige di Konvek 2011 pada 5 Februari 2011 yang di adakan di Putrajaya International Convention Center. Gerak kerja  di Tahun 2010 telah di iktiraf dengan jayanya. Bahkah ada yang menerima hadiah perlancongan ke Makasar, Indonesia dan China..Syabas dan Tahniah di ucapkan kepada mereka yang menang.

This slideshow requires JavaScript.

Walaupun ahli-ahli HPA dididik tidak mementingkan material semata-mata, tetapi PERJUANGAN MEMARTABATKAN PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB SEMUA adalah paling utama, telah di beri pengiktirafan kepada mereka yang telah menjalankan tugas dengan baik. InsyaALLAH.

Semoga sebahagian anugerah yang di terima juga dapat di infaq kepada mereka yang layak sekadar yang mampu. Mudah-mudahan rezeki menjadi lebih barakah di sisi ALLAH.

Apakah pada Konvek akan datang bakal melihat Komuniti HPA Kuala Terengganu mengulangi sejarah dalam menempa nama di persada Dunia HPA. Semoga siap melangkah dengan pasti dalam memperjuangkan Ekonomi Ummah kembali menjadi No 1 Dunia. InsyaALLAH.

Sekian, wassalam.

” YA ALLAH SATU KAN LAH HATI KAMI DALAM PERJUANGAN INI “

catatan olh s/u hpakt

 

KONVENSYEN & KONVOKESYEN HPA 2010

Assalamualaikum w.t.b.

Salam buat semua pengunjung blog Komuniti HPA Kuala Terengganu..

Alhamdulillah. Dengan izinNya, sekali lagi HPA Industries SB akan mengadakan hari bersejarahnya dalam tempoh tidak sampai 2 bulan lagi. Hari bersejarah yang di adakan setiap 2 tahun sekali, iaitu hari Konvensyen & Konvokesyen. Di sini pasti menjadi tempat momentum bagi setiap ahli HPA untuk terus melangkah dalam sebuah perjalanan yang di namakan SEBUAH PERJUANGAN. Bagi ahli HPA yang benar-benar memahami erti SEBUAH PERJUANGAN pasti hati sentiasa peka, perihatin dan tersentuh bagi menjadikan VISI dan MISI HPA INDUSTRIES SB tercapai. Pasti lahirnya ahli-ahli HPA yang berkualiti. Pasti teruja mewujudkan suasana yang menjadi lebih baik dalam semua hal. InsyaALLAH.

Berikut maklumat-maklumat yang perlu di ketahui bagi setiap ahli hpa yang ingin bersama-sama kami memeriahkan lagi acara kemuncak ini.

PICC DI WAKTU MALAM

NOTA: CETAKAN TIKET DITULIS TEMPAT KONVEK DI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM. WALAU BAGAIMANAPUN, ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU, TEMPATNYA TELAH DI UBAH KE PICC.HARAP MAKLUM

TARIKH : 5 FEBRUARI 2011

HARI : SABTU

JAM : 8.00 PAGI – 4.00 PETANG

TEMPAT : PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTER (PICC)

HARGA TIKET : RM50.00

Adalah di sarankan kepada ahli-ahli HPA agar mendapatkan tiket dengan kadar segera melalui pemimpin masing-masing kerana ia adalah terhad. Tiket telah pun mulai diedarkan.

Semoga acara kemuncak ini menjadi sejarah dan kenangan manis buat semua. Semoga perjalanan dan acara kita nanti diberkati dan dirahmati ALLAH. Semua ahli Hpa dan pihak pengurusan dan sesiapa saja yang terlibat selamat  dalam perjalanan, pulang dan pergi. Amen….

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

” JOM SEMUA….PENUHI DEWAN “

catatan olh s/u hpakt