RFC Kuala Terengganu

Alhamdulillah.

Penantian kita untuk menyaksikan rangkaian restoran makanan segera yang dimiliki oleh orang Islam tertunai akhirnya.  Radix Fried Chicken (RFC) yang dikendalikan oleh salah satu anak syarikat HPA Sdn. Bhd. beroperasi sepenuhnya mulai 2 Disember 2010.

RFC yang kedua di Pantai Timur (selepas Kubang Kerian) bertempat di Wisma CH Kee bersebelahan dengan cawangan HPA Kuala Terengganu.  Menu-menu RFC amat menarik dengan penggunaan ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA Farm.  Minuman juga menggunakan produk HPA seperti Cola Radix, Jus Roselle, Jus Guava, Kopi dan Koko Radix serta banyak lagi menu yang memberi kita banyak pilihan.

Peta Lokasi ke RFC (klik pada gambar untuk besarkan)

About these ads

31 responses to this post.

  1. Posted by cg zam... on December 3, 2010 at 8:44 am

    salam….
    mohon untuk share link ini di facebook… terima ksih..

    Reply

    • Silakan..Terima kasih sudah mengunjungi blog kami…

      reply by s/u hpakt

      Reply

    • Posted by nazir on February 21, 2011 at 3:09 pm

      Assalamualaikum.
      pada hari ini saya kali pertama ke kedai RFC.saya membeli bungkus pakej Mix Delight berharga RM 35.Masalahnya ayam sepatutnya 6 ketul..tapi apabila pulang ke rumah, saya dapati saya cuma mendapat 3 ketul ayam.selain dari itu,sos cili juga tidak diberi.saya merasa kesal kerana bayaran yang dibuat tidak setimpal dengan apa yang diperolehi.sepatutnya kecuaian ini tidak patut berlaku.Ini boleh menjejaskan imej syarikat orang Islam.Saya berharap hal ini mendapat perhatian dan dipandang serius oleh pihak pengurusan.Sekian.

      Reply

  2. Posted by fairuz on December 5, 2010 at 5:35 pm

    em…
    dh lme mnggu…
    akirnya smpai jgk kesini..
    trime kasih…

    Reply

  3. Posted by Nadiah on December 7, 2010 at 11:55 am

    Salam..

    Alhamdulillah, petang tadi, berpeluang merasai keenakan ayam goreng penuh spicy daripada RFC.. Honestly, lebih sedap daripada KFC. Tahniah.. :)

    Saya beratur satu jam dengan setianya, kerana betul2 teringin nak rasa. Tapi, bila dah berada depan kaunter, pelayan tu pulak (kalau tak silap namanya Hasmila), ambik order saya acuh tak acuh je. Tak tengok pun muka saya, sambil letak air, dia mendengar saya minta order.. Bila saya diam, tunggu dia siap letak air dulu, dia dengan kasar, bagitahu saya balik, “cakap la apa dia”.

    Lepas dah siap letak semua order, saya bayar.. Alhamdulillah, harnya sangat murah berbanding KFC.. Tapi. bila check balik resit kat rumah, terkejut, rupanya pelayan tu tak catatkan nugget yang saya makan tadi, ke dalam resit.. Saya makan mende haram la nampaknya tadi?

    Maafkan saya pihak admin HPA KT. Tujuan saya cuma untuk menegur kelemahan pekerja RFC tuan, dengan harapan, RFC KT akan menjadi lebih maju..

    Pasal order yang tak sampai2, tak payah cakap la.. 2 kali mende tu saya tgk tadi. Yang pertama, customer tu sendiri mari tanya kat kaunter, alhamdulillah walaupun lepas cakap baru nak buat, dia dapat tak lama lepas tu. Yang kedua, pasangan Chinese, daripada mula saya makan, sampai selesai makan, dorang masih menanti dengan muka masam.. Mungkin silap dorang, tak remind balik kat kaunter, tapi, bagi saya, silap pekerja tuan jugak, tak ambil berat dengan order yang tertangguh.. Saya malu, sebab dia Chinese, dan kita orang Islam.. RFC tu kan milik Muslim.. Saya malu..

    Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya.. Takpela kalau tak approve pun.. Saya faham.. Tapi, harap dapat memperbaiki kelemahan yang ada. Majulah HPA dan RFC untuk semua Muslims!! :)

    Reply

    • Assalamulaikum Nadiah atas coretan di atas. Untuk pengetahuan Nadiah, Blog ini bukan berkaitan dengan Radix Fried Chicken SB. Blog ini merupakan blog milik Komuniti HPA Kuala Terengganu iaitu sebuah Komuniti Penggerak HPA.
      Kami komuniti yang berasingan
      Walau bagaimana pun kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala komen di atas dan memang menyedihkan di atas atas yang telah berlaku terhadap Nadiah dan pelanggan yang lain.

      Setahu saya, pelayan di sana mungkin orang yang baru dan tidak mematuhi arahan dan serta tunjuk ajar yang di berikan semasa mereka berkursus. Kami mohon maaf bagi pihak HPA atas ketidak puashati Nadiah dan insyaALLAH akan kami utara permasalahan ini ke atas demi kebaikan bersama dan mengharapkan RFC di mana-mana saja akan lebih baik di masa-masa akan datang.

      Terima kasih sekali lagi kepada Nadiah kerana masih mendoakan HPA dan RFC maju demi untuk Semua Muslim.
      Kita mengharapkan sokongan padu daripada semua pihak dan untuk terus HPA bertahan sampai kiamat. PERJUANGAN UNTUK UMMAH dan saya percaya HPA akan mengarah ke arah yang lebih baik dan akan memperbaiki apa saja kelemahan yang ada. InsyaALLAH :-)

      reply by s/u hpakt

      Reply

      • Posted by Nadiah on December 18, 2010 at 2:17 pm

        Terima kasih di atas respon pihak tuan.

        Tadi saya berkunjung sekali lagi ke RFC. Agak kecewa kerana banyak menu yang takde haini, dan terpaksa menunggu agak lama untuk aya, goreng. So saya makan apa yang ada je la tadi.

        Unfortunately, lagi sekali menu yang saya makan tak dimasukkan ke dalam resit. Tertinggal potato wedges pulak kali ini.

        Anyway, saya dah bayar semula lepas makan tadi. Dan bayar untuk nugget sebelum ini sekali.

        Maafkan saya, saya cuma mahu memajukan kelemahan pekerja RFC kepada pihak yang mungkin mampu menyuarakannya dengan lebih berkesan.

        Sekian, terima kasih.

  4. Posted by Wan Zuraina binti Wan Nik on December 14, 2010 at 3:23 am

    Assalamualaikum…Alhamdulillah dan tahniah diatas pembukaan restoran RFC di Kuala Terengganu.(.mohon untuk share link ini di facebook )Tk

    Reply

    • Waalaikumusalam…Alhamdulillah..Terima kasih Wan Zuraina. Teruskan kunjungan ke sana…Silakan share..Sama-sama :-)

      reply by s/u hpakt

      Reply

  5. Posted by hana on December 16, 2010 at 8:42 am

    ada keje kosong lsebagai krew rfc kuala terengganu.,saya berminat untuk bekerja di sana terutama bahagian pmbantu dapur.

    Reply

    • Salam Hana. Terima kasih sudah mengunjungi blog kami. Hana Boleh hubungi terus ke Radix Fried Chicken SB di talian no : 04-4481071. Terima kasih..

      Reply

  6. Posted by kamil on December 21, 2010 at 8:01 am

    ade kerja kosong lagi x???kat rfc KT?

    Reply

    • Salam.
      Terima kasih dah mengunjungi blog kami.
      Saudara Kamil boleh berhubung terus ke Radix Fried Chicken SB di talian no 04-4481071.
      Sekian, terima kasih. Wassalam.

      reply by s/u hpakt

      Reply

  7. Posted by Ismail Ahmad on January 9, 2011 at 9:06 am

    Alhamdulillah…sudah berkunjung ke RFC.
    Ramai yang bersungut pasal service…
    tapi bagi saya, tak adil nak bandingkan dengan Mcdonald dan KFC sebab mereka sudah berpuluh2 tahun membangun dan mereka disokong oleh kuasa kapitalis yang kuat di dunia.
    Setahu saya, RFC baru setahun lebih beroperasi di Malaysia ini dan sudah ada hampir 10 outlet…ini suatu yang membanggakan umat Islam!
    Sedikit sebanyak kelemahan itu pasti akan lebih baik nanti kerana saya telah berkunjung ke RFC Sungai Petani iaitu outlet pertama RFC dan servicenya cukup bagus…
    yang penting kita terus menyokong muslim products

    Reply

    • Alhamdulillah…Terima kasih Ismail Ahmad…Komen yang cukup-cukup membanggakan. Sokongan padu sebeginilah yang patut ada bagi setiap umat Islam. Setiap kita memainkan peranan penting untuk menaikan ekonomi serta martabat umat Islam. Bersama lah kita menjadikan setiap perkara itu bertambah baik…InsyaALLAH.

      reply by s/u hpakt

      Reply

  8. Posted by balqis on January 19, 2011 at 11:13 am

    Assalamualaikum. Boleh tahu waktu operasi RFC di Kuala Terengganu?

    Reply

  9. Waalaikumusalam…Terima kasih Balqis kerana sudah mengunjungi blog kami..Kebiasaanya RFC beroperasi pada jam 10.00 pagi..InsyaALLAH..

    reply by s/u hpakt

    Reply

  10. sedap ngat rfc tuh best…………………..heheheheheheheheehheheheehheh

    Reply

  11. Posted by ferdawos razali on April 6, 2011 at 7:55 am

    assalam.
    tolong bantu HPA Tawau, apa dah jadi ni barang tiada.

    Reply

  12. Posted by aslah mohamad on April 30, 2011 at 4:46 am

    aslkum.. my name is mohamad aslah bin mohamad. i am degree student from universiti malaysia terengganu.. i am also an exco of a social club here. we are planning and had been officially permitted by our vice canselor of umt to make a student carnival here. totally, there are more than 6000 students and 1000 staffs here. so, i would like to invite rfc restaurant to join our carnival on september where students just got their money as it is at the early semester. if the company agree to join us by selling and promoting your products here, do call me.. aslah-0134085440

    Reply

  13. Waalaikumusalam. Thank you Mohammad Aslah on your attention and I will no doubt to let your request to Management of RFC. For your information, RFC Restaurant and HPA Kuala Terengganu Committee is separate entity but we can slow talk to them on behalf of your club. InsyaALLAH..Thank you.

    reply by s/u hpakt

    Reply

  14. Posted by aslah mohamad on May 2, 2011 at 5:25 pm

    tq..

    Reply

  15. Posted by sumayyah on May 10, 2011 at 7:29 am

    AlhamduliLLAH…org ganu blh mrasa rfc tnpa perlu ke a.star. Terus bersama memperjuangkan produk halal. ana sokong 100%

    Reply

  16. ALHAMDULILLAH. Terima kasih Sumayyah telah melawati blog kami. Teruskan sokongan anda bersama HPA..

    reply by s/u hpakt

    Reply

  17. Posted by Rose Mary on June 8, 2011 at 7:20 am

    Assalamualaikum…

    Saya bersetuju dengan apa yang Nadiah komen di atas, saya juga tidak berpuas hati dengan RFC Kuala Terengganu. Saya tak tahu kat mana tempat untuk saya buat aduan.
    Semalam saya, suami dan anak pergi makan dekat RFC, proses menunggu memang la lama, 30 minit nak tgg ayam goreng sampai, bila saya baca komen Nadhiah tadi baru saya tahu rupanya perkara ni dah lama berpanjangan dan tiada teguran dari Pemilik RFC itu sendiri.

    Bila ayam goreng tu sampai,ada darah lagi yg mengalir dari dalam ayam goreng tu. Mulanya saya ingat sos cili, tapi rupanya darah yg masih mengalir pada ayam goreng tu, saya dan suami cukup terkejut and kesal dengan pengendalian dan layanan yang diberikan. bila suami minta tukar ayam baru, langsung tiada ucapan maaf dari pelayan itu, saya lupa nak ambil gambar, kalu tidak, saya mampu sebarkan pada semua tentang kelemahan RFC Kuala Terengganu.. Malam tu kami makan dalam keadaan marah teramat sgt.

    Saya tak faham mcmana pengurusan makanan org islam boleh jadi mcm ni, Malam tu jugak ramai pelanggan yang tak berpuas hati menunggu makanan dihantar.

    Saya kalu boleh nak bersemuka sendiri dengan pihak atasan, biar dia dengar sendiri komen dari semua pelanggan yang tak berpuas hati. Saya dan suami dah serik dan maybe kita org akan berubah ke KFC, Layanan cepat, ayam yg tak ada darah….

    Saya pihak yg bertanggungjawab harus ambil tindakan tegas aras semua ini. sebab ramai pelanggan yg sudah menyukai RFC, tp disebabkan masalah sebegini, mungkin pelanggan boleh lari…..

    Sekian, Terima Kasih..
    (Ahli HPA yang tak berpuas hati)

    Reply

  18. Sabar rose….
    Husnuzhon la.. dia tak sempat nak minta maaf..
    sibuk sangat..
    kita sebagai umat islam.. kene la sokong..
    kalau saya, pun pernah pergi rfc..
    tunggu punye lama, sejam..
    masih setia menunggu…
    dah nama pun baru tubuh.. macam2 la masalah..
    tp kita duk condem.. marah.. tak bagi peluang..
    terus berpaling tadah pegi kfc yang satu dunia tahu menyumbang pembunuhan rakyat palestin..

    sabar la..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: