KURSUS AGEN STOK DI DEWAN TELEKOM, MARANG TERENGGANU

Salam…

Pada 23 Julai 2010, Jumaat, telah berlangsung Kursus Agen Stok di Negeri Terengganu. Alhamdulillah, seramai 71 orang peserta telah hadir untuk mengikuti kursus tersebut dan dikatakan paling ramai peserta hadir di bawah anjuran HPA. Tahniah kepada semua kerana telah menunjukkan satu komitmen yang mantap

This slideshow requires JavaScript.

Pn Rashidah Bt Abdul Rahim, Pengurus Besar MIS telah hadir untuk menyampaikan slot dalam Kursus Agen Stok ini. Turut sama dalam penyampaian slot adalah PJS Ustaz Ahmad Kamal Hj Ali. Pengurus Besar Zon Timur, En Ismail Omar juga turut hadir sama di kursus ini.

InsyaALLAH, mudah-mudah pendedahan serba sedikit berkaitan pengurusan stok juga yang berkaitan penajaan ahli dan sebagainya menambahkan lagi ilmu kepada para peserta.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak Ibu Pejabat HPA turun ke Terengganu untuk bersama para agen stok dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar.

Tahniah buat peserta bertuah, En Abdullah atas tekaan tepat bagi jumlah invoice yang di proses sebulan iaitu 200,000 keping.

Syabas buat peserta yang telah menang dalam kuiz ujian kefahaman  di mana telah di menangi oleh Mohd Zaim Azfar B Muhamad di tempat 1 (Komuniti HPAKT) , dengan markah 100%. Tempat ke-2 oleh Cik Asmawati Bt Mohd Ali, yang memperolehi markah 95% dan tempat ke-3 oleh Norazian Bt Mohamad dengan markah 94%. Kesemua hadiah telah disampaikan oleh Pn Rashidah Bt Abdul Rahim. Terima kasih.

Sekian, wassalam…

catatan oleh s/u hpakt

One response to this post.

  1. sama-sama

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: