LAWATAN KOMUNITI HPA KUALA TERENGGANU KE PERLIS DAN KEDAH

This slideshow requires JavaScript.

nota : klik ke atas gambar untuk paparan lebih jelas


Salam kepada semua pengunjung blog ini..

Alhamdulillah tertunai juga hajat Komuniti HPA Kuala Terengganu untuk melawat HQ HPA di Perlis. Kami seramai 35 orang telah di sambut baik dan mesra oleh Ustaz Zolkanain di HQ HPA Perlis. Sedikit taklimat juga telah di sampaikan oleh beliau.

Dikesempatan ini, kami telah melawat dan melihat sendiri keadaan ibu pejabat HPA, kilang kopi radix dan kilang herba.

Tidak lengkap perjalanan sekiranya membuat lawatan tanpa berkunjung ke HPA City di Sungai Petani Kedah. Di sinilah terdapatnya Radix Fried Chicken, Radix Bakery House, Radix Oriental Cuisine, HPA Collection dan sebagainya.

Selain itu rombongan juga sempat singgah di Abrauf Network dan telah di beri taklimat oleh PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali dan juga PJS Mohamad Aseri Bin Hanapiah. Peserta rombongan juga telah dijamu dengan makan tengah hari oleh Abrauf Network. Terima kasih.

Lawatan selama 2 hari 1 malam iaitu pada 18 – 19 Jun 2010 telah berjalan dengan lancar dan semuanya berpuas hati dan ingin ke sana lagi jika berpeluang. InsyaALLAH.

InsyaALLAH, Komuniti HPA Kuala Terengganu adalah Komuniti yang aktif dalam menggerakkan ahli-ahlinya. Kita mengharapkan dengan lawatan ini, ahli-ahli HPA lebih berinformasi dan mudah untuk menceritakan kepada masyarakat tentang HPA yang sebenarnya. HPA bukan khayalan tetapi realiti yang sudah wujud lebih daripada 10 tahun. Kestabilan HPA Industries SB bukan omongan kosong dan telah terbukti kejayaannya di Malaysia dan juga luar negara. Semoga ALLAH memberikan kekuatan untuk terus teguh berdiri dan mengembangkan sayapnya dalam persada Ekonomi Dunia. Membantu Umat Islam itu sendiri dalam memilih yang terbaik buat diri dan keluarga. Ameen…

Wallahu’alam.

Wassalam.

catatan oleh s/u hpakt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: