KEHADIRAN PJS MOHAMAD ASERI HANAPIAH DAN ISTERI, PJS ASNIEAH BADRI@NADZRI KE PBC PERMAI INN KT 2-3 JULAI 2010

Salam…

Alhamdulillah. PBC Permai Inn 2-3 Julai 2010 telah selamat disempurnakan dan telah dihadiri seramai 51 orang peserta.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh PJS Ustaz Ahmad Kamal Bin Haji Ali, juga merangkap Pengerusi Komuniti HPA Kuala Terengganu.

PBC Permai Inn bagi Julai 2010 telah dihadiri oleh PJS Mohamad Aseri Bin Hanapiah(KPU) serta Isteri, PJS Asnieah Bt Badri@Nadzri (KPU). Kehadiran mereka telah merapatkan lagi hubungan dua hala antara KPU dan KPT.

Kemeriahan PBC turut dirasai apabila PJS Abdullah Bin Abdul Rahim(KPA), PJS Ustaz Jamaluddin Bin Jusoh Al-Hafiz(KPT) dan PJS Ustaz Ahmad Kamal Bin Haji Ali(KPT) turut memberi slot -slot khas pada kali ini.

PBC bertujuan untuk melahirkan pejuang-pejuang yg istiqamah dalam penggunaan produk halal buatan HPA. HPA sudah lama memperjuangkan slogan BOIKOT. Perjuangan BOIKOT oleh HPA bukan lah bermusim. BOIKOT HPA sudah sekian lama dilaksanakan dan ini adalah rentetan kesedaran dalam penggunaan barangan halal di dalam kehidupan seharian kita semua. Hanya mereka yang benar-benar bersama HPA sahaja yang memahami erti perjuangan ini. Mereka yang sekadar memikirkan keuntungan akan kecundang di tengah jalan dan akan berlari lintang pukang untuk mencari selain HPA. Pejuang yang setia akan sentiasa mengikuti setiap program yang di anjukan oleh HPA maupun Komuniti di bawah lulusan HPA. Insya ALLAH saya sendiri memohon doa daripada ALLAH agar diberi kekuatan dalam meneruskan Perjuangan yang tiada noktah ini.

Permulaan kesedaran adalah apabila seseorang itu menghadiri PBC selama 2 hari 1 malam tanpa meninggalkan sedikit pun aturcara yang telah ditetapkan. Penghayatan sepenuhnya daripada setiap peserta amat lah di alu-alaukan. Seseorang itu bukan hanya sekadar menjadi ahli dan menggunakan produk sahaja tetapi perlu menghadiri PBC sekali saja seumur hidup. Ini adalah bertujuan untuk memberi tahu kenapa setiap orang perlunya bersama HPA dan matlamatnya juga lebih daripada itu.

PBC kali ini tidak akan tamat di sini sahaja. PBC yang ke-8 akan diadakan pada 6-7 Ogos 2010 di tempat yang sama. InsyaALLAH sekiranya di Izinkan ALLAH, PJS PJM Syed Ageel Bin Syed Mohd Mahayadin bersama team akan turut serta memeriahkan lagi PBC Permai Inn di Bulan Ogos. Sudah hampir 4 bulan beliau tidak ke PBC Terengganu disebabkan kekangan masa di program-program lain di seluruh Malaysia.

Saya, sebagai Setiausaha kepada Komuniti HPA Kuala Terengganu mengucapkan syabas kepada semua peserta kerana sudi menyertai program anjuran kami ini. Di doakan agar terus menggunakan produk halal keluaran HPA Industries SB dan marilah aktif bersama kami di setiap program yang kami anjurkan.

Syabas juga di ucapkan kepada Pengarah PBC yang baru, Syed Mohd Faiez Hakimie Bin Syed Yasin Al-Habsyi dalam mengetuai PBC kali ini dan semua AJK di setiap unit telah memberi kerjasama yang baik di bawah pimpinan beliau.

Jumpa lagi di PBC akan datang pada 6-7 Ogos 2010. InsyaALLAH.

Wassalam.

” ISLAM SENTIASA BOLEH “

catatan olh s/u hpakt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: