PBC PERMAI INN KT 4-5 JUN 2010 LANCAR


Salam Kepada Semua Pengunjung Blog Komuniti HPAKT…

Alhamdulillah. PBC kali ke 6 ini berjalan dengan selamat dan lancar. Kali ini kelihatan peserta wanita memenuhi 75% dewan daripada 81 orang peserta termasuk peserta daripada Kuala Lumpur.

Pengisian slot oleh beberapa orang PJS, gabungan KPU, KPT dan KPA memantapkan lagi PBC pada kali ini. Kehadiran PJS PJM Ustaz Mohd Zahir Ghazali yang sememangnya ditunggu-tunggu selama ini menghasilkan sikap positif para peserta serta ahli jawatankuasa itu sendiri.

Selain itu turut serta dalam pengisian slot adalah terdiri daripada PJS Cikgu Zainal, PJS Abdullah, PJS Ustaz Jamaluddin Al-Hafiz dan PJS Ustaz Ahmad Kamal.

Kelihatan juga PJS Nor Hyzad (KPU) yang mengiringi PJS Ustaz Mohd Zahir Ghazali ke PBC Kuala Terengganu.

Kemunculan PJS PJM Ustaz Mohd Zahir dapat menyuntik semangat-semangat baru kepada kami untuk terus berjuang dalam menyampaikan produk halal keseluruh pelusuk dunia. Cara perniagaan yang inovatif serta kreatif dapat meningkatkan lagi kejayaan kita semua. Terbaru serta terkini. InsyaALLAH.

PJS PJM Ustaz Mohd Zahir menyatakan bahawa kunjungan beliau kali ini bukan akan berakhir disini sahaja tetapi merupakan titik tolak permulaan dalam meneruskan perhubungan serta program-program di masa akan datang dan selanjutnya. Malahan beliau juga yakin akan kebangkitan HPA di Kuala Terengganu ini.

Harapan kita semua kepada semua peserta-peserta adalah terus istiqamah dalam penggunaan produk HPA dan mengalu-alukan para peserta untuk turut bergiat aktif di dalam Komuniti HPA Kuala Terengganu.

Slogan ” Produk Halal Tanggungjawab Kita ” akan terus kita laksanakan dalam bentuk tindakan atau gerak kerja 6M di dalam HPA. InsyaALLAH.

JUMPA LAGI DI PBC 2-3 JULAI 2010.

Wassalam.

catatan oleh : s/u hpakt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: