SUASANA PBC PERMAI INN HOTEL KT 7-8 MEI 2010

This slideshow requires JavaScript.

Salam..

PBC Mei 2010 telah sempurna digempur dan telah dihadiri seramai 48 orang peserta. Dengan pengisian slot oleh PJS-PJS yang Hebat seperti PJS Hafidzan Fauzi, Distributor Of The Year 2009, PJS Abdullah Abdul Rahim dan PJS Ustaz Ahmad Kamal Hj Ali meningkatkan lagi semangat para peserta untuk meneruskan perjuangan bersama HPA.

Sesetengah peserta baru menyedari tentang pentingnya mereka menghadiri PBC dan telah mula menaruh minat untuk mengambil langkah seterusnya dalam melengkapkan pengumpulan 300 nilai mata dalam masa 2 bulan. Syabas kepada peserta yang bijak dengan terus menutup nilai mata dalam masa sebulan selesai saja PBC. Peserta sebegini bijak adalah mereka yang tahu menilai erti perjuangan yang sebenar dan melihat 300 nilai mata adalah kecil saja ertinya.

Dari pengalaman saya sendiri, semenjak hampir setahun bergerak bersama Komuniti HPAKT mengerakkan PBC, ramai peserta yang pada mulanya merasakan terpaksa datang menghadiri PBC akhirnya merasa bersyukur dan mengukir senyum manis setelah selesai PBC 2 hari satu malam dijalani. Malahan terdapat juga peserta yang meminta menambahkan jumlah hari PBC kepada 3 hari 2 malam memandangkan mereka merasa masa begitu singkat dan penghayatan tentang HPA tidak mencukupi. Inilah yang mereka cari. Inilah perjuangan yang sebenar dan wajib di gempur secara menyeluruh bagi menyedarkan masyarakat di luar tentang betapa pentingnya mereka menghentikan penggunaan produk yang subhah di luar sana. Hanya HPA yang terbaik dan telah menyediakan banyak alternatif kepada kita semua.

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana telah mengurniakan para peserta yang terus istiqamah dalam perjuangan ini. Kami sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anda semua.

Kami Komuniti HPA Kuala Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua baik PJS-PJS, Ahli-Ahli Jawatankuasa Unit PBC serta para peserta dalam menjayakan PBC kali ini.

Insya-ALLAH jumpa lagi di PBC akan datang iaitu pada 4 – 5 Jun 2010.

Wassalam….

Wallahu’alam

catatan olh : s/u hpakt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: