KPJ BERSAMA PJS CIKGU MURAD DI TER, KUALA IBAI, TERENGGANU

Salam..

Pada 21 April 2010 lepas telah berlangsungnya KPJ yang di hadiri oleh PJS Cikgu Murad B Abu Bakar sebagai penceramah. Juga Dihadiri oleh En Ismail Omar, Pengurus HPA Zon Timur bersama krew. KPJ kali ini telah di Pengerusikan oleh PJS Ustaz Ahmad Kamal Hj Ali,  merangkap Pengerusi Komuniti HPA Kuala Terengganu. Terima kasih kami ucapkan atas anjuran KPJ ini.

Alhamdulillah, penerangan oleh PJS Cikgu Murad amat jelas dan beruntunglah kepada mereka yang telah menghadiri KPJ kali ini. Sememangnya ahli-ahli HPA tidak harus melepaskan peluang untuk menghadiri kuliah perubatan jawi sebegini rupa kerana amat banyak ilmu yang kita boleh pelajari dan di timba.

Saya ingin berkongsi sedikit tips yang telah disampaikan oleh PJS Cikgu Murad dalam kuliah tempoh hari.

Beliau telah menyarankan agar herba di ambil dos yang tinggi di waktu malam atau di waktu suasana sejuk dan dos yang kurang pada waktu siang atau di waktu suasana panas. Untuk memastikan herba berkesan, terdapat 4 perkara yang perlu di ikuti :

1. Mind set mestilah positif iaitu mestilah yakin dengan herba yang hendak di      ambil

2. Herba hendaklah di ambil dalam keadaan tidak ‘stress’ atau tertekan.

3. Pengambilan air putih mestilah mencukupi iaitu 2.5 liter sehari.

4. Penggunaan herba mestilah berterusan.

Kami, ahli-ahli HPA Negeri Terengganu amat mengalu-alukan kedatangan PJS Cikgu Murad untuk KPJ-KPJ yang akan datang.

Pada majlis ini juga telah di umumkan pemenang pertandingan Gubahan Sachect Kopi Radix Terpakai bagi kategori Zon Timur untuk Negeri Terengganu. Telah terpilih tiga pemenang utama. Terima kasih diucapkan kepada HPA Industries SB diatas anjuran pertandingan ini.  Pertandingan ini akan diteruskan lagi  ke Peringkat Kebangsaan HPA yang akan di sertai oleh Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah dan Borneo. Seramai 3 orang akan mewakili setiap zon untuk berentap bagi pemilihan 3 orang terbaik…Adalah di fahamkan bahawa pertandingan ini telah di sertai oleh seramai 150 orang peserta seluruh Malaysia. Kita tunggu siapakah pemenang bertuah itu nanti…

SEKIAN, JUMPA LAGI DI KPJ AKAN DATANG.

Wallahhua’lam…..

Wassalam.

catatan olh : s/u hpakt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: