KOPI RADIX PALSU TERBARU DAN KENYATAAN RASMI GM


KENYATAAN RASMI ISU KOPI RADIX PALSU DAN KOPI RADIX DI BAWAH HARGA

Salam semua sekali

Kejadian ini kembali berulang dan dilakukan oleh sendikit “TAUKE”. Sah mereka ini sering kali memberi ancaman kepada kita khususnya Umat Islam yang ingin mensukseskan perniagaan HALAL & TOYIBAH. Taktik mereka sungguh licik dan amat susah dikesan. Diantaranya seperti berikut :

1. Berpura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.
2. Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan aktiviti haram ini. Malangnya ada yang sanggup menggadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini dikesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.
3. Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.

Justeru itu, Pihak HPA dengan rasminya mengistiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua Kopi Radix yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU. Pihak HQ dengan ini tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakkan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX. Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu Pasaran KOPI RADIX masa kini.
Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu gugat keharmonian pasaran ini.

Kepada pembaca blog ini, sila sebarkan segera kepada blog-blog yang lain.

sumber : Blog GM Al-Wahida
Tuesday, 20 April 2010

catatan balik : s/u hpakt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: