PBC PERMAI INN KT HARI PERTAMA:16 APRIL 2010

ALHAMDULILLAH..

PBC Permai Inn Hotel, Kuala Terengganu Anjuran Komuniti HPAKT telah dihadiri seramai 75 orang peserta. Pendaftaran pada hari pertama yang bermula pada jam 8.00 pagi berjalan lancar.

PBC kali ini telah dirasmikan oleh PJS Ustaz Che Mat Shukri Khalid, Penasihat Komuniti HPA Kharerah, Mesir yang juga merangkap Timbalan Pengerusi HPAKT. Beliau juga telah mengisi slot 2, iaitu Slot Halal Haram.

Slot 1, Profile Syarikat telah di sampaikan oleh PJS Ustaz Ahmad Kamal Bin Haji Ali. Beliau merupakan Pengerusi Komuniti HPAKT yang kebetulan baru saja pulang dari mengerjakan Umrah bersama 40 orang Ahli HPA yang lain anjuran HPA Industries SB.

Seterusnya pada sebelah petang, Slot ke 3, Slot Plan Pemasaran telah disampaikan oleh PJS Ustaz Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz, Komuniti KPT Zon Paka, Terengganu.

Slot Ke 4 pula telah disampaikan oleh PJS Ustaz Ramizu Abdullah, Pengerusi KPT (Kelab Kepimpinan Timur) iaitu di bawah slot bertajuk 6M.

Slot ke 5, pada sebelah malamnya pula, diisi oleh PJS Abdullah Abdul Rahim. Slot Saraf Tapak Tangan serta Perkongsian Pengalaman merupakan slot terakhir pada hari pertama PBC.

Alhamdulillah, acara Qiamullai juga mendapat sambutan dimana hampir keseluruhan peserta hadir untuk bersama-sama bermunajat pada ALLAH.

Insya-ALLAH PBC pada hari ke dua akan lebih meriah dengan Slot Ke 6 iaitu Slot Kopi Radix dan juga Pembentangan LDK.

Wallahhua’lam…
Wassalam

catatan oleh : s/u hpakt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: