MESYUARAT AGUNG KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD BERJALAN LANCAR

Assalamualaikum w.t.b

Alhamdulillah. Mesyuarat Agung Koperasi Wahida HPA Berhad di Kawasan Timur berjalan lancar.

Mesyuarat kali ini di adakan di Hotel Raudah, Kelantan.
Kehadiran ahli-ahli koperasi melebihi korum dan melayakan untuk mengadakan mesyuarat tersebut seperti biasa.
Kehadiran diumumkan seramai melebihi 100 orang. Pihak Koperasi memohon maaf atas kelewatan mewar-warkan perubahan masa dari waktu pagi ke waktu petang. Ini memberi laluan ahli-ahli yang bekerja hadir. Walaupun kehadiran masih kurang tetapi mesyuarat dapat berjalan lancar dan dijalankan dalam keadaan yang aman dan tenang walaupun ada persoalan berbangkit yang agak panas.

Kehadiran ahli adalah meliputi dari 3 buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dan kelihatan dari ketiga-tiga buah negeri dapat menghantar wakil masing-masing.

Setelah dipersetujui dalam pemilihan, telah dipilih seramai 18 orang perwakilan untuk ke Mesyuarat Agung Koperasi Wahida HPA Berhad yang akan di adakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Mereka terdiri daripada:

1. Pahang – 2 orang
2. Terengganu – 5 orang
3. Kelantan – 11 orang

Beberapa usul telah dikemukakan untuk di bawa ke mesyuarat Koperasi Wahida HPA Berhad di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

” JOM TAMBAH PELABURAN DALAM KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD ”

Wallahhua’lam
Wasalam

catatan olh : s/u hpakt

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: